Rabu, 25 Mei 2011

Menjejaki Jutawan Senyap


Ini adalah buku pertama dari Chef Li(Dato' Dr. Rusly Bin Abdullah PhD) yang saya miliki. Kini hampir kesemua buku tulisan Chef Li dah menjadi koleksi harta (ilmu) yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Sangat seronok membaca buku ini kerana saya suka akan jenis buku-buku berbentuk kisah kejayaan. Pembacaan yang santai seperti membaca sebuah cerpen kerana buku ini mengandungi banyak kisah-kisah kejayaan seseorang peniaga. 

Tidak siapa yang tahu penjaja-penjaja tepi jalan rupa-rupanya telah pun memakai kereta dan rumah mewah. Memiliki harta yang banyak. Jika dilihat kepada penjaja ini secara luarannya hanyalah peniaga biasa yang sekadar mendapatkan rezeki dan cukup-cukup makan sahaja. Tetapi penilaian saya salah, langsung tidak terfikir di antara mereka ramai juga yang sudah menjadi jutawan dan kaya raya dengan hanya menjadi penjaja jalanan. 

Buku ini telah menukar minda dan tanggapan saya ketika itu juga. Walaupun minat saya kepada hasil jualan gerai bukanlah yang utama, tetapi buku ini banyak memberikan motivasi buat saya dan memberikan satu kepuasan walaupun baru selesai membaca dengan hanya satu kisah peniaga sahaja. Buku ini memberikan saya motivasi untuk membuat bisnes. 

Di mana-mana juga kita boleh membuat wang. Bumi Malaysia, bumi bertuah. Pendatang asing pun boleh jadi kaya bila datang ke sini, inikan pula kita yang punyai semuanya cukup, berpendidikan, boleh dapat bantuan kerajaan dan galakkan, tetapi kita tidak rebut peluang tersebut. Oh, ruginya terasa.. Saya rasa sangat trercabar..! Dan akhirnya saya juga telah menjadi seorang peniaga.

Tahniah Chef li dan terima kasih!

Rabu, 18 Mei 2011

Memulakan BISNES SENDIRI

Buku ini adalah antara beberapa buku yang menjadi pelopor kepada penggerak dan tindakan saya memulakan bisnes sendiri. Di beli pada 23hb Julai 2007 sehingga kini buku ini masih ada di pasaran. Bermakna ia masih relevan mengikut peredaran zaman. Dan pada tahun tersebut juga saya telah punyai perniagaan berdaftar.

Penulisnya adalah sifu kepada sifu iaitu Puan Ainon Mohd. pengerusi syarikat penerbitan buku yang terbesar dan tersohor di Malaysia iaitu syarikat penerbitan PTS. Kebanyakkan buku-buku Puan Ainon adalah padat dengan ilmu dan tips. Apa yang menarik bagi buku ini, ia mudah bagi di fahami.

Antara perkara-perkara yang menarik perhatian saya adalah
  • Beberapa contoh kisah peniaga
  • Gambaran yang jelas cara mengatasi masalah dalam bisnes
  • Tips dan teknik dalam perniagaan

Antara perkara menarik lain yang disentuh di dalam buku ini :
  • Bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan
  • Bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes.
  • Bagaimana memilih rakan kongsi
  • Bagaimana syarikat dirompak
  • Perkara baik yang membahayakan
  • Restoran Cina dan restoran nasi Padang
------------------------------------------------------------------------------------------

Daripada Pengarang (Di ambil dari portal PTS)

Bahagian 1: Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri
Kisah Benar Seorang Jutawan
Bakat Bisnes
Calon Isteri untuk Calon Usahawan
Halangan Keluarga
Rekod Sebelum Berniaga
Menyediakan Anak Menjadi Usahawan
Biasiswa dan Bisnes

Bahagian 2: Mitos dalam Dunia Bisnes
Usahawan, Cinta dan Seks
Formula Berjaya dalam Bisnes
Orang Bisnes dan Risiko
Pandai Bersaing
Bisnes Part-Time
Semua Orang Boleh
Imej Penting untuk Bisnes
Pelanggan Kaya
Usahawan Cina Bunuh Melayu
Berniaga dengan Keluarga
Jurujual Hanya bagi Bisnes Besar

Bahagian 3: Memilih Syarikat dan Sektor Bisnes
Memilih Jenis Syarikat
Mencari Nama Syarikat
Memilih Jenis Bisnes
Bisnes Pengeluaran
Bisnes Berdagang
Bisnes Perkhidmatan
Mulakan Secara Kecil-kecilan

Bahagian 4: Perkara Baik yang Membahayakan
Duit Banyak
Bisnes Terlampau Baik
Bisnes Terlalu Laku

Bahagian 5: Motivasi Memulakan Bisnes
Apa Sebab Hendak Berniaga
Pandai Membuat Produk
Menyelesaikan Masalah Kewangan
Hendak Menjadi Jutawan
Peluang Mendapat Bisnes
Mempunyai Modal Berniaga
Berniaga Sebab Diajak Berniaga

Bahagian 6: Latar Belakang Usahawan Baru
‘Orang Pandai’ Memulakan Bisnes
Pekerja ‘Cemerlang’ Membuat Bisnes
Orang Korporat Membuka Bisnes
Lulusan Luar Negara Membuka Bisnes
Isteri Orang Kaya Mahu Berniaga
Anak Orang Kaya Mahu Berniaga

Bahagian 7: Politik dan Usahawan
Berkawan dengan Orang Politik
Bantuan Orang Politik
Aiskrim Orang Politik

Bahagian 8: Memilih Rakan Kongsi
Mencari Rakan Kongsi
Memilih Rakan Kongsi
Dua Rakan Kongsi
Rakan Kongsi RM1
Rakan Kongsi Tanpa Modal
Rakan Kongsi Tidur
Rakan Kongsi Suami Isteri
Majikan Sebagai Rakan Kongsi
Rakan Kongsi Nasi Padang
Bercerai dengan Rakan Kongsi

Bahagian 9: Bagaimana Syarikat Dirompak
Dirompak oleh Rakan Kongsi Sendiri
Dirompak oleh Pengerusi Sendiri
Dirompak oleh Kakitangan Sendiri
Dirompak oleh Konsultan Sendiri
Merompak Syarikat Sendiri

Bahagian 10: Perniagaan Gerai dan Restoran
Membuka Kedai Makan
Kalah Bersaing
Menjaga Pembekal
Menolong Jiran Niaga
Memilih Kedudukan Gerai
T.V, Radio dan Anak-anak
Meja Restoran Cina
Pinggan Restoran Cina
Pinggan Restoran Nasi Padang

Bahagian 11: Gol Sebagai Senjata Kejayaan
Gol Sebagai Senjata Kejayaan

------------------------------------------------------------------------------------

Saya yakin telah ramai juga usahawan yang telah terhasil dari pembacaan dari buku ini. Jadi sebagai seorang yang ingin menjadi usahawan atau telah menjadi usahawan, saya syorkan anda untuk mendapatkan buku ini.  Ia boleh di dapati dikedai-kedai buku seluruh negara.

Buku ini boleh juga anda dapatkan secara online di  www.pts.com.my

p/s : Segala syor dalam entri blog ini adalah ikhlas tanpa(memerlukan) sebarang bentuk imbuhan yang diterima.




Share
Isnin, 9 Mei 2011

Selamat Datang


Salam sejahtera.

Selamat datang ke blog saya. Ini adalah entri pertama blog ini. - kupasan.blogspot adalah blog yang memberikan ulasan menerusi buku motivasi dan perniagaan.

Pada kebiasaannya saya akan menulis secara tetap entri blog saya. Tetapi disebabkan saya menambah koleksi blog saya secara serentak di seluruh negara blog-blog saya, maka penetapan itu akan dibuat kemudian. Mungkin setiap satu blog akan ditetapkan seminggu sekali mengikut hari dan mungkin sebaliknya.

Saya memang suka menulis dan saya memang suka kalau boleh diperah segala ilmu yang saya ada untuk dikongsikan. Medium yang paling sesuai adalah menerusi blog. Di blogger blog (blogspot) saya boleh memberikan ilmu secara senang kerana ia adalah percuma untuk menghasilkannya. Satu akaun e-mel boleh menghasilkan banyak blog di dalamnya.

Diharap apa yang saya tulis di blog saya ini sangat menyenangkan, memberi idea dan membantu pencarian anda selama ini. Harap anda memberikan sokongan kepada saya agar saya sentiasa termotivasi untuk memberikan ilmu serta idea. Sekian, terima kasih :)

Profil Saya

Profil Saya
Klik Imej Saya!

Blog Archive

Profil Admin

Foto Saya
Hairizal Hamidon
Saya suka untuk menjadi guru walaupun saya bukan seorang guru sekolah. Seorang guru adalah mendidik dan mencurahkan ilmu. Begitu juga dengan saya. 

Minat saya dalam ilmu kesenian, keagamaan, motivasi dan bisnes. Walau bagaimanapun saya dapat curahkan ilmu lebih kepada blog dan yang aktif adalah dalam kesenian di www.j-reka.com dan ilmu motivasi bisnes di www.hairizal.com

Saya banyak membaca buku-buku berkaitan yang saya minat, pergi bengkel dan seminar dan belajar dari mentor atau sifu yang hebat dalam bidang-bidang tersebut.
Lihat profil lengkap saya

Rakan Mengikuti Blog

Hak Cipta Terpelihara. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow by Email

Rakan Sedang Online