Rabu, 25 Mei 2011

Menjejaki Jutawan Senyap


Ini adalah buku pertama dari Chef Li(Dato' Dr. Rusly Bin Abdullah PhD) yang saya miliki. Kini hampir kesemua buku tulisan Chef Li dah menjadi koleksi harta (ilmu) yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Sangat seronok membaca buku ini kerana saya suka akan jenis buku-buku berbentuk kisah kejayaan. Pembacaan yang santai seperti membaca sebuah cerpen kerana buku ini mengandungi banyak kisah-kisah kejayaan seseorang peniaga. 

Tidak siapa yang tahu penjaja-penjaja tepi jalan rupa-rupanya telah pun memakai kereta dan rumah mewah. Memiliki harta yang banyak. Jika dilihat kepada penjaja ini secara luarannya hanyalah peniaga biasa yang sekadar mendapatkan rezeki dan cukup-cukup makan sahaja. Tetapi penilaian saya salah, langsung tidak terfikir di antara mereka ramai juga yang sudah menjadi jutawan dan kaya raya dengan hanya menjadi penjaja jalanan. 

Buku ini telah menukar minda dan tanggapan saya ketika itu juga. Walaupun minat saya kepada hasil jualan gerai bukanlah yang utama, tetapi buku ini banyak memberikan motivasi buat saya dan memberikan satu kepuasan walaupun baru selesai membaca dengan hanya satu kisah peniaga sahaja. Buku ini memberikan saya motivasi untuk membuat bisnes. 

Di mana-mana juga kita boleh membuat wang. Bumi Malaysia, bumi bertuah. Pendatang asing pun boleh jadi kaya bila datang ke sini, inikan pula kita yang punyai semuanya cukup, berpendidikan, boleh dapat bantuan kerajaan dan galakkan, tetapi kita tidak rebut peluang tersebut. Oh, ruginya terasa.. Saya rasa sangat trercabar..! Dan akhirnya saya juga telah menjadi seorang peniaga.

Tahniah Chef li dan terima kasih!

0 ulasan:

Profil Saya

Profil Saya
Klik Imej Saya!

Blog Archive

Profil Admin

Hairizal Hamidon
Lihat profil lengkap saya

Rakan Mengikuti Blog

Hak Cipta Terpelihara. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Sedang Online